Monday, 20 March 2017

PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA 2015 (PART 5)

Sambungan entry sebelum ini...

Lama tak  kemaskini blog ni.. agak sibuk dengan urusan pejabat dan peribadi. So, bila ada peluang ni ambik kesempatan untuk sambung cerita yang lepas.. Sebelum tu bagi nak nak travel ke seoul boleh dapatkan majalah Backpackerz Vol 12 ada panduan dan rujukan untuk ke Seoul kat dalam tu..  www.backpackerzmag.com.  


Hari Keempat
 24 Oktober 2015 (Sabtu)

Tempat Sejarah di Goyang City

Hari ke-4 di bumi Korea kami masih berada di Goyang City untuk program homestay bersama keluarga angkat. Pagi ini bangun awal jam 5.30 pagi. Usai solat subuh saya dan rakan sebilik saya hanya berbual sambil berbincang perkara yang akan berlaku pada hari ini. Suasana di luar agak sejuk dan hujan pada malamnya. Selesai sarapan pagi, Encik Chai dan kami bertiga melawat beberapa tempat bersejarah di Goyang City. Tempat pertama yang dilawati ialah Seosamneung iaitu tempat makan tiga raja iaitu Haireung, Hyoreung dan Yereung. Mengikut encik Chai terdapat lebih dari 50 makan keluarga diraja di sini. Pemandangan di sini begitu menarik kerana berada di atas bukit dan pokok-pokok yang cantik. Di sini juga terdapat tempat lumba kuda iaitu ‘Farm Wondang’.










Tempat kedua yang dilawati ialah Haengju Mountain Fortress. Di sini akan dapat melihat pemandangan sekitar Goyang City dan Bandaraya Seoul. Selepas makan tengahari kami berkumpul untuk balik ke Seoul selepas menikmati dan merasai kehidupan di Goyang City. Terima kasih diucapkan kepada Encik Chai sekeluarga atas layanan yang baik walaupun hanya seketika. Saya sempat menghadiahkan Encik Chai sepasang baju melayu dan baju kurung untuk isteri beliau.






Goyang City bukan sahaja mempunyai tempat bersejarah yang boleh dilawati tetapi juga merupakan bandar contoh kepada bandar-bandar lain di Korea dalam  bidang seperti vitalization serantau ekonomi, kawasan perumahan mesra alam sekitar dan sistem pengangkutan yang mudah.








PERSEMBAHAN COOKIN NANTA

Kembali ke Seoul hanya mengambil masa sejam dari Goyang City. Kami terus di bawa menonton persembahan NANTA yang juga dikenali sebagai “cookin” (memasak). Persembahan ini ialah “non-verval” (tanpa bercakap). Cerita berkisar empat tukang masak (chef) perlu menyediakan hidangan untuk majlis perkahwinan dalam masa sejam. Persembahan sejam setengah ini tidak membosankan dan amat menghiburkan dengan gelagat lucu dan alunan muzik dari peralatan memasak yang digunakan. Sejak Oktober 1997 persembahan NANTA menjadi persembahan di peringkat antarabangsa yang dipersembahkan di seluruh dunia. Terdapat dua tempat di Seoul menyediakan persembahan NANTA iaitu di Seodaemun dan juga di Myongdong.



Selain NANTA terdapat beberapa persembahan lain yang berbentuk teater di Seoul yang boleh anda tonton iaitu MISO (Traditional Korean Arts stage) dan juga persembahan B-boy (The Ballerina Who Fell in Love With a B-boy) di Lotte World. Apa yang menarik setiap persembahan ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Selepas makan malam saya dan rakan –rakan kembali ke hotel untuk daftar masuk dan masa untuk berehat.


Hari Kelima
25 Oktober 2015 (Ahad)

Memandangkan pagi ini program bermula jam 10.00 pg, saya dan rakan tak nak buang masa. Selesai sarapan kami explore kawasan sekitar hotel. Kami pergi meninjau supermarket dan pasar. Nak tengok macam mana aktiviti harian di pasar kat Seoul ni.







                                        ‘NAMSANGOL HANOK VILLAGE’



Sekitar pukul 10.00 pagi, kami berkumpul di lobi hotel untuk meneruskan pengembaran hari ke lima di Seoul. Pagi ini kami akan melawat ‘Namsangol Hanok Village’ yang juga dikenali sebagai ‘A Village of Traditional Houses in the Namsan Valley’ yang terletak di Jung-gu, tengah Bandaraya Seoul. Di sini kami berpeluang mencuba pakaian traditional Korea iaitu Hanbok yang biasa digunakan semasa perayaan dan juga belajar kaligrafi Korea dengan menulis nama sendiri. Pengalaman di sini amat berguna bagi kami mendalami soseobudaya Korea. Di sini kami berkesempatan berjumpa dengan pengunjung dari Malaysia dan juga dari Negara yang lain. Terdapat juga beberapa aktiviti sampingan yang diadakan di sini seperti belajar membuat panah traditional dan juga permainan traditional yang lain.







MENGEMBARA DI ‘ITAEWON CULTURE STREET’

Itaewon menjadi sebahagian besar penempatan dari warga asing terutamanya komuniti islam dan menjadi destanisi wajib bagi setiap pengunjung. Di sini terdapatnya kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan dan cenderahari, tatapi harga agak mahal berbanding di Dongdaemun dan juga Namdaemun kerana di sini merupakan pusat tumpuan pelancong.










Apa yang uniknya di Itaewon ini ialah terdapatnya salah satu masjid di Korea iaitu Seoul Central Mosque. Masjid ini terletak di atas bukit di Itaewon dan anda akan menikmati permandangan yang menarik dari persekitaran masjid ini. Secara keseluruhannya terdapat hampir 8 masjid yang telah dibangunkan di Korea dan masjid di Itaewon merupakan masjid yang pertama seumpamanya. Dapat saya perhatikan bahawa masyarakat Islam di sini amat bersatu padu dan saling membantu sesama mereka walaupun jumlah mereka amat sedikit dan peranan masjid ini untuk menjadi pusat ilmu dan mengeratkan silaturahim sesama Islam amat saya kagumi.





‘LEARNING SESSION TAEKWONDO’

Sebelah petang kami diberi peluang untuk merasai bagaimana untuk mempelajari sukan taekwondo dengan menggunakan uniform khas taekwondo. Terima kasih Master Sang Eun Jin dan juga Arirang Taekwondo kerana memberi tunjuk ajar dan memberi peluang kepada kami merasi pengalaman ini.

Teakwondo merupakan salah satu seni mempertahankan diri Korea. Sukan ini bukan saja sekadar seni mempertahankan diri tetapi telah dipertandingkan di peringkat antarabangsa iaitu, sukan Olimpik san sukan Asia. Sukan taekwondo banyak menggunakan pergerakan kaki dan menangkis serangan menggunakan kekuatan tangan.





Sambung next entry.....