Sambungan entry sebelum ini...
Lama tak kemaskini blog ni.. agak sibuk dengan urusan pejabat dan peribadi. So, bila ada peluang ni ambik kesempatan untuk sambung cerita yang lepas.. Sebelum tu bagi nak nak travel ke seoul boleh dapatkan majalah Backpackerz Vol 12 ada panduan dan rujukan untuk ke Seoul kat dalam tu.. www.backpackerzmag.com.
24 Oktober 2015 (Sabtu)
Tempat Sejarah di
Goyang City
Hari ke-4 di
bumi Korea kami masih berada di Goyang City untuk program homestay bersama
keluarga angkat. Pagi ini bangun awal jam 5.30 pagi. Usai solat subuh saya dan
rakan sebilik saya hanya berbual sambil berbincang perkara yang akan berlaku
pada hari ini. Suasana di luar agak sejuk dan hujan pada malamnya. Selesai
sarapan pagi, Encik Chai dan kami bertiga melawat beberapa tempat bersejarah di
Goyang City. Tempat pertama yang dilawati ialah Seosamneung iaitu tempat makan tiga raja iaitu Haireung,
Hyoreung dan Yereung. Mengikut encik Chai terdapat lebih dari 50 makan keluarga
diraja di sini. Pemandangan di sini begitu menarik kerana berada di atas bukit
dan pokok-pokok yang cantik. Di sini juga terdapat tempat lumba kuda iaitu ‘Farm
Wondang’.
Tempat kedua
yang dilawati ialah Haengju Mountain
Fortress. Di sini akan dapat melihat pemandangan sekitar Goyang City
dan Bandaraya Seoul. Selepas makan tengahari kami berkumpul untuk balik ke
Seoul selepas menikmati dan merasai kehidupan di Goyang City. Terima kasih
diucapkan kepada Encik Chai sekeluarga atas layanan yang baik walaupun hanya
seketika. Saya sempat menghadiahkan Encik Chai sepasang baju melayu dan baju
kurung untuk isteri beliau.
Goyang City bukan sahaja mempunyai tempat bersejarah yang boleh dilawati tetapi juga merupakan bandar contoh kepada bandar-bandar lain di Korea dalam bidang seperti vitalization serantau ekonomi, kawasan perumahan mesra alam sekitar dan sistem pengangkutan yang mudah.
Goyang City bukan sahaja mempunyai tempat bersejarah yang boleh dilawati tetapi juga merupakan bandar contoh kepada bandar-bandar lain di Korea dalam bidang seperti vitalization serantau ekonomi, kawasan perumahan mesra alam sekitar dan sistem pengangkutan yang mudah.
PERSEMBAHAN COOKIN
NANTA
Kembali ke
Seoul hanya mengambil masa sejam dari Goyang City. Kami terus di bawa menonton
persembahan NANTA yang juga dikenali
sebagai “cookin” (memasak). Persembahan ini ialah “non-verval” (tanpa
bercakap). Cerita berkisar empat tukang masak (chef) perlu menyediakan hidangan
untuk majlis perkahwinan dalam masa sejam. Persembahan sejam setengah ini tidak
membosankan dan amat menghiburkan dengan gelagat lucu dan alunan muzik dari
peralatan memasak yang digunakan. Sejak Oktober 1997 persembahan NANTA menjadi persembahan di peringkat
antarabangsa yang dipersembahkan di seluruh dunia. Terdapat dua tempat di Seoul
menyediakan persembahan NANTA iaitu
di Seodaemun dan juga di Myongdong.
Selain NANTA terdapat beberapa persembahan lain
yang berbentuk teater di Seoul yang boleh anda tonton iaitu MISO (Traditional Korean Arts stage) dan
juga persembahan B-boy (The Ballerina
Who Fell in Love With a B-boy) di Lotte World. Apa yang menarik setiap
persembahan ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Selepas makan malam
saya dan rakan –rakan kembali ke hotel untuk daftar masuk dan masa untuk
berehat.
Hari
Kelima
25
Oktober 2015 (Ahad)
Memandangkan pagi ini program bermula jam 10.00 pg, saya dan rakan tak nak buang masa. Selesai sarapan kami explore kawasan sekitar hotel. Kami pergi meninjau supermarket dan pasar. Nak tengok macam mana aktiviti harian di pasar kat Seoul ni.
‘NAMSANGOL HANOK VILLAGE’
MENGEMBARA DI ‘ITAEWON
CULTURE STREET’
Itaewon menjadi
sebahagian besar penempatan dari warga asing terutamanya komuniti islam dan
menjadi destanisi wajib bagi setiap pengunjung. Di sini terdapatnya kedai-kedai
yang menjual pelbagai barangan dan cenderahari, tatapi harga agak mahal
berbanding di Dongdaemun dan juga Namdaemun kerana di sini merupakan pusat
tumpuan pelancong.
Apa yang
uniknya di Itaewon ini ialah terdapatnya salah satu masjid di Korea iaitu Seoul
Central Mosque. Masjid ini terletak di atas bukit di Itaewon dan anda akan
menikmati permandangan yang menarik dari persekitaran masjid ini. Secara
keseluruhannya terdapat hampir 8 masjid yang telah dibangunkan di Korea dan
masjid di Itaewon merupakan masjid yang pertama seumpamanya. Dapat saya
perhatikan bahawa masyarakat Islam di sini amat bersatu padu dan saling
membantu sesama mereka walaupun jumlah mereka amat sedikit dan peranan masjid ini
untuk menjadi pusat ilmu dan mengeratkan silaturahim sesama Islam amat saya kagumi.
‘LEARNING SESSION
TAEKWONDO’
Sebelah
petang kami diberi peluang untuk merasai bagaimana untuk mempelajari sukan
taekwondo dengan menggunakan uniform khas taekwondo. Terima kasih Master Sang Eun Jin dan juga Arirang Taekwondo kerana memberi tunjuk ajar dan memberi peluang kepada kami merasi pengalaman ini.
Teakwondo
merupakan salah satu seni mempertahankan diri Korea. Sukan ini bukan saja
sekadar seni mempertahankan diri tetapi telah dipertandingkan di peringkat
antarabangsa iaitu, sukan Olimpik san sukan Asia. Sukan taekwondo banyak
menggunakan pergerakan kaki dan menangkis serangan menggunakan kekuatan tangan.
Sambung next entry.....
No comments:
Post a Comment