SHORT VACATION – LAST MINUTE DEAL – DORANI BAYU RESORT, SG, BESAR.
Lama tinggalkan blog ni. Sibuk
sikit sejak pindah pejabat awal tahun yang lalu. Kali ni nak story sikit pasal
short vacation last week sempena cuti panjang (Hari Keputeraan Baginda Yang
di-Pertuan Agong dan Awal Muharam). Asalnya cadang nak ke tempat biasa kami
sekeluarga rehatkan diri iaitu ke Seremban (Royale Bintang), sebab dekat dengan
rumah dan jimat masa. Tapi last tukar plan ke arah Sabak Bernam. Sebab pagi
Sabtu tu kena tunaikan tanggungjawab mengundi untuk PRK Seri Setia, mengundi di
Kelana Jaya.
Perjalanan dari rumah ke
destinasi nak dituju memang mengambil masa yang agak lama. Sebab kena singgah
di Kelana Jaya dulu, pastu singgah Kuala Selangor dan naik Bukit Malawati. Saja
nak tunjuk kat anak-anak pemandangan kat atas bukit tu sambil tengok monyet
yang ada kat atas tu. Kalau ikutkan perjalanan hanya mengambil masa dua setengah jam je kalau tak menyinggah kat
mana-mana. Lagipun nak bercuti dan tengok permandangan, tak delah nak
terkejar-kejar sangat. Dari Kuala Selangor ke Sungai Besar dalam sejam lebih
je. Tupun sebab ada jalan yang tutup separuh tengah kena repair.
Asalnya nak duduk kat De Palma
Kuala Selangor. Tapi biasalah masa cuti panjang begini memang penuh. Beberapa
tempat jadi pilihan melalui Mr Google dan hasilnya dapatlah Dorani Bayu Resort,
Sungai Besar. Lagipun officemate pun bagi view yang menarik pasal resort ni.
Antara penginapan lain yang dalam perancangan ialah Anjung Pool Villa and D
Bondang Homestay. Dua-dua ada kolam renang dan kat tengah-tengah sawah. Tapi
semuanya penuh dah ditempah. So, akan ada trip next untuk ke tempat ni.
Nak view sikit pasal Dorani Bayu
Resort ni. Resort ni terletak di D’Muara Dorani Marine Park. Tempat nelayan
naikkan ikan dan betul-betul tepi laut.
Apa yang menariknya bila air pasang, resort akan berada di atas laut. So boleh
memancing dari atas bilik. Masa pergi hari tu, air pasang mula jam 1 petang dan
surut menjelang senja dan pasang semula jam 1 pagi. So dapatlah try memancing.
Tapi tak dapat hasil pun sebab bukan beriya sangat, just nak buang gian je. Memang seronok kat resort ni sebab boleh tengok laut dan dengan air kat bawah resort. Apa yang menarik lagi kat sini boleh tengok matahari terbenam (sunset). Secara jujurnya boleh datang semula ke sini untuk rehatkan minda walaupun beberapa perkara boleh diperbaiki oleh pengurusan resort.
Sebelah resort ni ada jeti
nelayan Kampung Haji Dorani. Memang menarik pemandangan sebab boleh tengok
nelayan buat persiapan untuk turun ke laut dan
balik membawa hasil tangkapan. Sempat bertanya dengan nelayan di sini
dan dimaklumkan kebiasaan mereka akan turun ke laut dua kali sehari. Bergantung
kepada keadaan air dan cuaca.
Kebetulan semasa berada di sana cuaca agak baik dan dapatlah tengok hasil laut yang diperolehi oleh nelayan. Memang seronok sebab boleh beli ikan fresh lagi. Tambahan pula harga memang jauh lebih murah dari harga di pasar.
Kebetulan semasa berada di sana cuaca agak baik dan dapatlah tengok hasil laut yang diperolehi oleh nelayan. Memang seronok sebab boleh beli ikan fresh lagi. Tambahan pula harga memang jauh lebih murah dari harga di pasar.
Petang tu sempat lepak kat pantai
Bagan Nakhoda Omar (BNO) yang terletak di barat laut Negeri Selangor. Tempat
ini juga dikenali sebagai Pusat Rekreasi Bagan Nakhoda Omar. Perjalanan di
tempat penginapan dalam setengah jam kena lalu pekan Sungai Besar. Memang
menarik di sini dan ramai pengunjung yang datang setiap hari. Kat sini ada terdapat
medan selera dan kemudahan-kemudahan lain seperti wakaf, surau, tandas dan
kemudahan riadah yang lain.
Tak sah kalau ke sini tak mencuba
mee udang. Memang berbaloi makan mee udang kat sini. Udang banyak dan rasa yang
memuaskan. Ada jugak yang mengatakan tom yam kelapa di sini sedap tapi dan
sempat nak rasa sebab perut dah kenyang dengan mee udang. So, memang kena datang
lagi next time. Sepanjang pantai BNO juga banyak gerai-gerai yang menjual makanan.
Sempat beli ayam goreng crispy mini. Harga memang murah RM 1.50 je. Memang
rezeki patang tu sebab pak cik yang jual tu siap bagi free sotong goreng crispy
kat anak saya. Terima kasih pak cik. Moga perniagaan bertambah maju masa
mendatang.
Permandangan matahari terbenam
dari Bagan Nakhoda Omar (BNO) ni memang menarik. Tidak hairanlah kalau setiap
petang dipenuhi pengunjung. Opss, bagi kaki pancing kat sini juga ada jeti ke
Kelong Paradise. Kat tepi tu ada pejabat dia untuk daftar ke kelong. Untuk
geng-geng memancing next time kena cuba ke kelong ni.
Pagi esoknya saya bangun seawal
5 pagi sebab dengar deruan air pasang kat bawah chalet. Lepak di balkoni sambil
menghirup udara segar. Tengok jiran sebelah tengah asyik memancing. Gayanya
memang tak tidur malam untuk memancing. Lepas tu sarapan ala kampung dan ke jeti
nelayan tengok hasil tangkapan pagi tu. Memang berbaloi tengok hasil tangkapan
yang fresh.
Masa nak balik lalu kat Pasar Haji Dorani. Walaupun baru jam
12.30 tengahari tapi dah ada hasil laut yang dijual. Berhampiran tapak pasar tu
ternampak ada bangunan baru yang tengah dalam pembinaan. Bila tanya kat peniaga
dia memaklumkan itulah tapak pasar baru. Bila siap nanti semua akan pindah kat
situ. So, ada kedai makan , pasar basah dan lain-lain keperluan akan dijual.
Nanti Pasar Haji Dorani akan berubah wajah.
Perjalanan balik saya ambik
keputusan ikut Jalan Terusan Utama. Kalau ikut jalan ni akan melalui bendang dan
sawah padi. Masa ni tengah proses nak membajak untuk tanam padi. Dari Sungai
Haji Dorani saya ikut jalan ke Parit 14 jumpa Jalan Terusan Utama. Jalan ni
senag je ikut je laluan jalan terusan t uterus ke Sabak Bernam. Tapi saya masuk
ke Kg Sunagi Sireh sebelum ke Sabak Bernam.
Bagi yang bercadang untuk
ke Sabak Bernam amat di alu-alukan kerana banyak tempat menarik yang boleh
dilawati di sini sambil menikmati suasana kampung sebenar.
Tunggu next entry......
Tunggu next entry......
No comments:
Post a Comment