Monday, 1 May 2017

PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA 2015 (PART 6)

Hari Keenam  
26 Oktober 2015 (Isnin)

Bangun agak awal ari ni. Usai solat subuh menikmati permandangan Bandaraya Seoul dari tingkat 11 Hotel Shilla Stay Seodaemun ni. Apa yang menarik, dari bilik ni boleh menikmati separuh bandaraya kerana rekabentuk tingkat yang dibina menggunakan cermin yang agak besar. Ketika bersarapan berbincang dengan rakan-rakan apa yang akan berlaku hari ini.


Hari ini hari ke enam sekali lagi kami akan meninggal kan Seoul selama 2 malam. Hari ini akan menempuh perjalanan yang agak panjang ke dua destinasi berbeza iaitu ke Bandar Sejong dan seterusnya ke Pyeongchang. Perjalanan ke Sejong menambil masa selama 3 jam manakala dari Sejong ke Pyeongchang mengambil masa hampir 4 jam perjalanan. Perjalanan ke Sejong mengharungi kesesakan di lebuhraya dan kami sempat singgah di satu RnR untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Sejong City. RnR yang bersih dan hampir sama di Malaysia.




Setelah hampir 3 jam perjalanan, kami tiba di Sejong jam 1.00 petang. Destinasi pertama ialah makan tengahari. Hari ini kami makan di Mekong Thai Restaurant di Sejong dan saya memilih untuk mencuba nasi goreng Thai seafood. Ada di antara kami memilih mee goreng seafood dan mee tom yam. 





‘NATIONAL YOUTH POLICY INSTITUTE’

Jam 2 petang kami terus ke destinasi utama iaitu berkunjung ke National Youth Policy Institute (NYPI) di Sejong National Research Complex. Di sini menempatkan lebih 10 buah institut penyelidikan secara berpusat dan salah satunya ialah National Youth Policy Institute (NYPI). Agak menarik apabila bangunan yang di bina ini menempatkan khas untuk pusat penyelidikan di Korea secara berpusat.

National Youth Policy Institute ditubuhkan pada tahun 1989 bertanggungjawab untuk ‘National Youth Policy’ bagi Negara Korea berdasarkan teori penyelidikan dan juga kajian siainstifik terhadap belia. Umur belia di Korea adalah di antara 14 hingga 25 tahun dan di Malaysia adalah antara 15 hingga 40 tahun. 




Banyak penyelidikan yang dilaksanakan oleh institut ini berkisar dengan pembangunan dan kebajikan belia dan juga keperluan-keperluan belia tempatan dan antarabangsa pada masa mendatang. Banyak juga kajian belia di peringkat antarabangsa yang dilaksanakan oleh NYPI ini termasuk di Malaysia. Banyak perkara yang kami bincangkan dan beryukar pandangan berkenaan belia kedia negara.








Oleh kerana taklimat habis agak awal, kami mengambil kesempatan untuk menunaikan solat zuhur dan asar di sini. Alhamdulillah pihak National Youth Policy Institute memberi kebenaran menggunakan bilik taklimat sebagai tempat menunaikan solat. Koordinator dan “interpreter” amat memahami kami sebagai Muslim berkaitan makanan dan juga waktu solat. Mungkin mereka telah mempunyai pengalaman mengendalikan peserta Muslim yang lain sebelum ini.




‘SEJONG MULTIFUNCTIONAL ADMINISTRATIVE CITY’ (MAC)

Sejong City merupakan satu Bandar baru yang dibangunkan untuk menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Korea dengan pelbagai fungsi. Apa yang menariknya ia menjadikan Putrajaya sebagai benchmark untuk menjadikan Sejong sebagai ‘Multifunctional Administrative City’ dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2030.




Di sini akan menempatkan hampir keseluruhan pentadbiran kerajaan Korea apabila siap sepenuhnya nanti. Bukan itu sahaja, Sejong juga dilengkapi dengan kemudahan asas yang serba canggih dan persekitaran perumahan yang mesra alam yang menjadikannya sebagai destinasi baru penempatan yang menjadi rebutan ramai.

Sejong akan berfungsi sebagai pusat pentadbiran, kebudayaan, pendidikan, penyelidikan, kesihatan, kebajikan dan industri berteknologi tinggi. Kami berkesempatan meninjau pembangunan Sejong City dari ‘Milmaru Observatory Tower’ yang terdapat di sini disamping mendapatkan informasi yang berkaitan.






SEJONG CITY KE PYEONGCHANG

Jam 6.00 petang kami meneruskan perjalanan dari Sejong City ke Pyeongchang yang mengambil masa 4 jam perjalanan. Masing-masing keletihan dan tertidur di dalam bas sepanjang perjalanan. Kami berhenti di RnR semasa perjalanan dan menikmati makan malam. Malam ini kami memilih untuk makan ‘shrimp burger’ dan kentang goreng. Kerana kelaparan sumua khusuk menikmati hidangan.











Kami tiba di Pyeongchang hampir jam 10.00 malam dan akan menginap di long house (macam kabin) di Pyeongchang National Youth Centre (PNYC). Rumah dua tingkat dan mempunyai 2 bilik setiap satu. Setiap rumah menempatkan 3 ke 4 orang. Setiba di PYNC kami dikejutkan dengan suasana yang amat cantik walaupun di waktu malam dan amat sejuk dengan suhu sekitar 3ºc - 4ºc.  Kerana kecantikan persekitaran yang amat menakjubkan kami mengambil kesempatan untuk sesi ‘photo shoot” dengan menggayakan kain pelikat untuk lelaki dan kain batek untuk wanita.  Malam ini dihabiskan dengan berbual dan berbincang pengalaman masing-masing sehingga lewat malam sambil menikmati kopi o dan mee segera. Kredit untuk peserta wanita terutama kak Ana yang buatkan kopi yang sedap.



jumpa next entry......

No comments:

Post a Comment