Hari Kesepuluh
30 Oktober 2015
(Jumaat)
Hari ini merupakan hari terakhir di bumi Korea.
Selepas sarapan kami terus ke lapangan terbang seawal jam 8.00 pagi. Ini kerana
kami perlu berada di lapangan terbang awal untuk urusan daftar masuk dan menaiki
penerbangan jam 11.00 pagi. Terima kasih diucapkan kepada ‘Coordinator Program’
Cik Elina dan ‘Interpreptor’ Cik Kelly kerana mengendalikan program ini dengan
baik sepanjang 10 hari berada di Korea.
Pengalaman berharga ini akan kami
ingati sepanjang hayat kami dan akan digunakan sebaik mungkin. Sepanjang penerbangan masing-masing nampak keletihan dan tertidur sambil mengenang kembali pengalaman sepanjang 10 hari di bumi Korea. Yang pasti kami akan kembali lagi suatu hari nanti.
Okey.... selesai sudah pengembaraan kami di bumi Korea... Next entry saya akan kongsi perkara yang berkaitan Seoul bagi yang nak melancong ke sana..
Kredit untuk Ezy atas gambar- gambar yang menarik sepanjang 10 hari ini.... Juga untuk Faez atas video yang dihasilkan https://m.youtube.com/watch?v=3w7Ienn_zlY
No comments:
Post a Comment