Hari Kesembilan
29 Oktober 2015
(Khamis)
Masuk hari kesembilan hari ini di Seoul. Antara agenda pada hari ini ialah melawat Seoul City Hall ‘Tong-tong Tour’, Asean-Korea Centre dan ke Myeongdong Market dan Namdaemun Market. Usai sarapan saya dan rakan sebilik sekali lagi menikmati permandangan dan berjalan sekitar hotel buat kali terakhir sebelum kembali ke tanahair esok pagi. Pasti akan merindui suasana sebegini apabila kembali nanti.
SEOUL
CITY HALL TONG-TONG TOUR
Kami tiba di Seoul City Hall kira-kira jam 10.30 pagi. Di sini kami akan
mengikuti Tong-tong Tour yang akan diketuai oleh seorang pemandu pelancong yang
bertugas di sini. Tong-tong Tour
merupakan lawatan rasmi di Seoul City
Hall dan mengambil masa sejam ke sejam setengah.
Bangunan Seoul City Hall yang baru siap sepenuhnya pada Oktober 2012 yang
terbahagi kepada dua bangian iaitu bangunan pentadbiran dan juga bangunan yang
dijadikan tempat lawatan dan istirehat pengunjung. Bangunan ini juga menjadi
terkenal apabila dijadikan tempat pengambaran muzik oleh penyanyi popular Korea
iaitu ‘Psy’ dan menjadi venue rakaman
rancangan kegemaran ramai ‘running man’.
Semasa Tong-tong Tour, peserta dibawa
melawat di sekitar Seoul City Hall
termasuk melihat ‘the largest vertical garden’ (yang telah disenaraikan sebagai
taman menegak terbesar di Guinness Book of World Record), pejabat bekas Datuk
Bandar, Gingisi (tempat simpanan senjata Dinasti Jaseon, Dewan Pameran, Dewan
Rakyat dan Perpustakaan Metropolitan Seoul.
Selesai lawatan di Seoul City Centre kami menikmati makan tenghari ala Chinese Style. Sy memilih untuk mencuba Chinese Seafood Fried Rice. Sambil makan kami berbual pengalaman masing-masing sepanjang 10 hari di bumi Seoul.
‘ASEAN-KOREA
CENTRE’
Pada sebelah petang, kami
berkesempatan untuk melawat Asean-Korea
Centre yang terletak di Sejong-daero, Seoul berdekatan dengan Seoul City Hall. Asean-Korea centre
ditubuhkan sebagai sebuah organisasi antara kerajaan yang bertujuan untuk
menggalakkan pertukaran antara Korea dan Negara-negara ASEAN. Ia dirasmikan
pada 13 Mac 2009 sempena ulang tahun ke-20 Perkongsian Dialog di antara ASEAN
dan Korea selaras dengan Memorandum Persefahaman (MOU)yang ditandatangani
semasa ASEAN-Republik Korea (ROK) Summit pada November 2007 dan mula
berkuatkuasa pada Disember 2008.
ASEAN-
Korea Centre melaksanakan program dan aktiviti
bagi mengukuhkan kerjasama dan pesahabatan di kalangan Negara-negara anggota
ASEAN dan Korea melalui peningkatan jumlah perdagangan, mempercepat aliran
pelaburan, pmerancakkan pelancongan dan memperkayakan rakyat dengan pertukaran
budaya dan kerja-kerja yang pelbagai.
ASEAN-Korea
Centre terdiri daripada 10 Negara ASEAN dan Korea dan
bermatlamat meningkatkan perkongsian ASEAN-Korea, menggalakkan saling memahami
melalui pertukaran kebudayaan dan ‘people to people contact’ dan menyokong
usaha integrasi ASEAN.
Di sini, taklimat disampaikan oleh Encik Mohamad Daud bin Mohamad Arif, Ketua
Unit Kebudayaan dan Pelancongan, ASEAN-Korea Centre yang berasal dari Malaysia. Selesai taklimat kami berkesempatan meninjau
ASEAN Hall yang merupakan ruang pameran Negara-negara ASEAN. Kami juga sempat
menunaikan solat di sini sebelum ke destinasi seterusnya.
‘KEMBARA MYEONGDONG
MARKET DAN NAMDAEMUN MARKET’
Selepas melawat ASEAN-Korea Hall kami sekali lagi ke Myeongdong Market dan
Namdaemun Market. Aktiviti petang ini agak santai dan ‘free and easy’. Kami mengambil kesempatan untuk meninjau dan
membeli belah di ‘Myeongdong’ dan ‘Namdaemun Market’. Kami berada di sini
sehingga jam 6.30 petang sebelum ke Itaewon untuk majlis ‘farewell dinner’ bersama pegawai dari ‘Korea Youth Exchange Centre’.
Farewell dinner kami diadakan secara
santai dan bersahaja sambil menikmati makan malam. Kami banyak berbincang dan
berkongsi pengalaman sepanjang 10 hari berada di Korea mengikuti program ini.
Beberapa pandangan dan cadangan juga kami berikan kepada pihak penganjur untuk
penambahbaikan pada program-program mendatang.
Selepas hampir sejam, kami kembali ke
hotel untuk sesi mengemas barang sebelum kembali ke Malaysia pada keesokan
hari.
Tunggu... sambung untuk hari terakhir di bumi Seoul....
Tunggu... sambung untuk hari terakhir di bumi Seoul....
No comments:
Post a Comment