Thursday, 19 January 2017

PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA 2015 (PART 4)

Sambungan entry sebelum....

Part ni saya nak cerita sikit pasal group members @ peserta yang terpilih untuk program ni bagi tahun 2015. Seperti yang saya maklumkan sebelum ni hanya 15 orang peserta sahaja yang terpilih untuk mengikuti program ni setiap tahun. Tupun selepas melalui temuduga oleh pihak JPA. Kalau nak tau biasanya permohonan agak ramai iaitu antara 400 ke 450 permohonan setiap tahun. Dan yang dipanggil temuduga dalam 150 orang sahaja dan terpilih hanya 15 orang setiap tahun.. So kat sini boleh nampak persaingan yang sengit kan...

Antara yang terpilih dan bertuah ialah Maya (SPRM), Faez (RTM Sabah), Kak Ana (Suruhanjaya Koperasi Malaysia), Ilyas (JLKN), Saufi (JAKIM), Ezy (EPU Penang), Nina (Politeknik), Joan (Jab. Insolvensi), Khaty (Perhilitan), Izwan (Jab. Kimia), Afizul (KETTHA), Fauzi (JPA), Andy (Jab. Imigresen), Shiera (Kewangan N9) dan Shuriati (UPM).





Hari Kedua
 22 Oktober 2015 (Khamis)

Hari ini merupakan hari ke-2 di Korea. Kebanyakan program pada hari ini merupakan program rasmi iaitu lawatan ke ‘Ministry of Gander Equality and Family’, Tourism Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia di Seoul. Selepas sarapan kami mengambil kesempatan untuk ronda-ronda sekitar hotel. Saja nak tengok suasana pagi kat Seoul. Boleh tengok orang pergi kerja dan pergi sekolah macam mana. Lagipun program bermula jam 10.00 ari ni. Agak lewat. So jangan buang masa, ambik angin yang segar dan sejuk kat Seoul.. nyaman....

















“MINISTRY OF GANDER EQUALITY AND FAMILY”

Program pertama hari ini ialah lawatan ke “Ministry of Gander Equality and Family” (MOGEF) yang juga merupakan kementerian  bertanggungjawab menganjurkan program Pertukaran Belia Malaysia-Korea di Republik Korea ini bermula pada tahun 1979 lagi melalui agensi dibawahnya “Korea Youth Exchange Centre”. Agensi ini juga melaksanakan lebih 30 program pertukaran belia antarabangsa yang di seluruh dunia. Malaysia dianggap agak istimewa kerana melaksanaka 2 pertukaran setahun yang melibatkan Kementerian Belia dan Sukan untuk para belia dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk penjawat awam. Secara umumnya kementerian ini bertanggungjawab dalam pembangunan keluarga, kebajikan, kanak-kanak dan juga belia di Korea.  Taklimat disampaikan oleh Ms. Hyunkung Jeus dan beberapa perkara berkaitan pembangunan belia sempat dibincangkan bersama.























Untuk makan tengahari ni di hostkan oleh MOGEF. Semua dah lapar dan tak sabar nak makan. Ari ni serve makanan ala Korean style. Biar gambar berbicara je lah...


















‘TOURISM MALAYSIA’

Selepas makan tengahari kami ke destinasi berikutnya ‘Tourism Malaysia’ atau Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (MTPB) di Seoul yang juga merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang bertanggungjawab  di dalam mempromosikan Malaysia kepada Korea bagi menarik minat rakyat Korea untuk melancong dan berkunjung ke Malaysia. Di sini di beri taklimat peranan dan fungsi ‘Tourism Malaysia’ oleh Encik Noor Arif bin Mohd Noor, Pengarah Tourism Malaysia di Seoul. Orangnya very friendly. 






Menurut beliau, jumlah purata pelancong dari Korea ke Malaysia pada setiap tahun adalah 200,000 orang. Buat masa sekarang terdapat beberapa penerbangan terus dari Kuala Lumpur – Seoul – Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur – Busan – Kuala Lumpur oleh Malaysia Airlines Berhad (MAS), Air Asia dan juga Korean Air. Bagi mereka yang ingin ke Korea boleh membuat pilihan sama ada mahu berkunjung pada musim sejuk (winter), bunga (spring), panas (summer), dan luruh (autum). Kedatangan pelancong dari kedua Negara ini amat baik bagi mempromosikan sosiobudaya kedua Negara dan juga membantu dalam peningkatan ekonomi Negara masing-masing. Setiap musim mungkin mengalami pengalaman yang berbeza bagi setiap pengunjung. Bagi nak nak berkunjung ke Korea boleh lah pilih mana-mana musim yang bersesuaian dengan citarasa.





‘EMBASSY OF MALAYSIA IN KOREA’

Kedutaan Malaysia di Korea memainkan peranan penting dalam hubungan kerjasama dan diplomatik antara kedua-dua Negara sejak tahun 1960 lagi. Tahun 2015 agak istimewa kerana tahun ini merupakan sambutan 55 tahun hubungan diplomatik antara Negara Malaysia dan Korea. Duta Malaysia di Korea pada masa kini ialah YBhg. Dato’ Rohaya Ramli. Walaubagaimanapun kami tidak berkesempatan berjumpa beliau disebabkan beliau ada urusan rasmi yang lain. Pejabat kedutaan ini memainkan peranan penting bukan sahaja dalam menjaga perhubungan kedua Negara malah dalam pembangunan dan perkembangan pelaburan dan perdagangan di dalam pelbagai bidang untuk kemajuan antara kedua Negara.







Kami disambut oleh Counselor kedutaan iaitu Encik Fairuz Adli bin Mohd Rozali dan Puan Noor Aida binti Misran, Setiausaha Pertama (penasihat Pendidikan dan Latihan). Kami dimaklumkan berkenaan peranan dan fungsi kedutaan yang mana banyak membantu di dalam perkembangan dan pembangunan serta hubungan antara kedua-dua negara. Kedutaan Malaysia di Seoul terletak di Dokseodang-ro (Hannam-Dong) Yongsan-gu, Seoul.





Seperti biasa aktiviti harian berkahir dengan makan malam. Malam ini kami makan di Itaewon menikmati ikan bakar sebelum balik ke hotel. Selepas solat dan berehat kami meneruska usaha menerokai Seoul. Malam ni pilihan kami ke Dongdaemun.... ops... lupa nak bagitau hari ini seorang enterpreter program ini akan bersama kami Ms Jeon Heewon ataupun dipanggil Ms Kelly.. Sepanjang program ini juga Ms Kelly akan bersama kami sehingga akhir program. Serupa dengan Ms Elena orangnya amat peramah.



Hari Ketiga
 23 Oktober 2015 (Jumaat)

‘DIGITAL MEDIA CITY’

Hari ni hari ketiga di Seoul. Selepas sarapan semua peserta berkumpul di lobi hotel sebab hari ini akan ada program homestay. So, kami kena check out hotel untuk semalaman dan akan tidur dan tinggal di rumah keluarga angkat. Tak sabar nak tunggu dan macam mana keluarga angkat kita orang nanti.




Sebelum ke program homestay, kami akan melawat DMC atau nama penuhnya Digital Media City yang juga merupakan bandar berteknologi tinggi pada abad ke 21 yang terletak di  Sangam-dong, Seoul dengan keluasan 569,925 m2. DMC juga merupakan sebahgian daripada projek ‘New Sangam Mellinium City’, sebuah pusat bandar baru yang merangkumi World Cup Soccer Park, kawasan perumahan yang mesra alam (eco village) dan system pengangkutan bersepadu. Pada asalnya kawasan ini merupakan pusat pelupusan sampah bagi bandaraya Seoul sebelum diubah menjadi Bandar Mellinium baru yang pesat membangun dan dijangka siap sepenuhnya pada 2015.













DMC akan menjadi pusat bandar berteknologi tinggi untuk penyiaran, perfileman, permainan, e-pembelajaran, dan lain-lain industri yang berkaitan hiburan dan digital.  Di sini juga menempatkan hampir kesemua syarikat penyiaran dan juga syarikat berkaitan telekominikasi seperti SPS, MBC, LG dan sebagainya. DMC menyediakan jalur lebar IT dan rangkaian tanpa wayar yang disediakan secara percuma kepada pengguna.









Tengahari kami menjamu selera di ... DMC. Masing-masing memilih makanan sendiri yang berasaskan ikan dan sayuran.









GOYANG CITY HOME STAY PROGRAM

Program keluarga angkat merupakan salah satu program yang wajib bagi semua peserta pertukaran belia ke Korea. Pada kali ini destinasi pilihan penganjur ialah Goyang City yang terletak di Daerah Geonggi-do di utara Seoul. Goyang City terkenal sebagai pusat warisan UNESSCO kerana banyak tempat-tempat bersejarah dan nilai budaya di sini selain terkenal sebagai “Broadcasting City”. Terdapat dua stesyen penyiaran utama Korea di sini iaitu Seoul Broadcasting System (SBS) dan Munhwa Broadcasting Centre (MBC). Goyang city juga terkenal dengan pusat beli belah iaitu La Festa dan taman buatan yang cantik iaitu Ilsan Lake Park. Di sini pengunjung boleh menonton ‘Musical Fountain’ pada waktu malam.








Saya dan dua orang lagi peserta mendapat keluarga angkat iaitu Encik Chai Byung Doo. Encik Chai mempunyai tiga orang anak iaitu dua orang perempuan dan seorang lelaki serta dua orang cucu. Setelah selesai urusan majlis penyerahan anak angkat, kami terus ke rumah Encik Chai di Deogyang-gu, Goyang. Perjalanan mengambil masa hampir setengah jam. Setelah sampai kami disambut oleh isteri Encik Chai dan pada sebelah petangnya kami berkesempatan untuk menikmati taman permainan dan pejalan kaki di sekitar perumahan Encik Chai. Kami juga berkesempatan meninjau pusat Bandar Deogyang-gu sambil menikmati persembahan silap mata oleh ‘street performer’

















Makan malam kami dihidangkan dengan ‘godeungeo-gui’ (grill mackerel) atau ikan makeral bakar selain kimchi dan sup sayur. Kami agak berselera makan kerana kepenatan berjalan seharian. Selepas makan kami terus berehat dan tidur dalam kekenyangan.






Bersambung part 5...