MULANYA
DI SINI
Berpeluang
ke Korea merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Ramai
yang ingin untuk menjejakkan kaki ke negara yang terkenal dengan makanan yang
dipanggil kimci ini. Saya berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Korea Selatan
pada tahun tahun ini di bawah satu program pertukaran pemimpin belia oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA).
Seramai 15 orang peserta dari pelbagai jabatan telah
terpilih untuk tahun 2015. Tarikh program ialah 21 hingga 30 Oktober 2015. Program ini merupakan satu program pertukaran pemimpim
belia antara Malaysia dan Korea bagi menimba pengalaman selain dapat bertukar
dan mempelajari budaya, ekonomi dan sosial antara kedua-dua negara dan
dilaksanakan secara timbal balik.
Sebelum
mengikuti program sebenar, semua peserta dipanggil untuk sesi taklimat pada 30
September 2015. Ini merupakan kali pertama semua peserta bersua muka
memandangkan mereka mewakili pelbagai jabatan dan agensi yang berbeza. Agak
menarik peserta yang terpilih ini merupakan mereka yang telah melepasi beberapa
peringkat tapisan serta temuduga sebelum terpilih.
Dimaklumkan juga pada tahun 2015
sebanyak 600 permohonan telah diterima dan hampir 400 orang telah dipanggil
untuk temuduga tetapi hanya 15 orang sahaja yang terpilih. Alhamdulillah, saya
merupakan salah seorang daripadanya.
Semasa
taklimat, peserta diterangkan berkenaan dengan program dan dimaklumkan etika
dan syarat-syarat serta peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang program
berjalan selama 10 hari. Jadual sepanjang di Korea juga dimaklumkan dan
penerangan terperinci akan dimaklumkan oleh pihak Korea semasa tiba nanti. Semua tak sabar nak tunggu jadual sebenar.
Semua peserta juga diingatkan untuk membawa pakaian dan keperluan secukupnya
termasuklah wang saku untuk perbelanjaan harian. Memang sepanjang program
berlangsung makan minum, pengangkutan dan penginapan disediakan, tapi para
peserta perlu menyediaan keperluan sendiri terutamakan kewangan. Almaklumlah,
bila dan pergi tempat orang mesti nak membeli terutamanya ole-ole atau
cenderamata untuk kenangan. Kadar tukaran semasa adalah RM 3.70 – RM 3.80 =
$1000 won. Senang kira $ 10,000 won bersamaan RM 38.00. So, kena pandai-pandai
budget untuk belanja 10 hari tu.
bersambung part 2......
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan
ReplyDeletediharapkan blog ini dapat membantu rakan-rakan penajwat awam yang lain semasa menghadiri temuduga dan semasa berada di Korea Selatan