Hari Pertama
21 Oktober 2015 (Rabu)DARI AIRPORT KE HOTEL
Nak sambung dari entry sebelumnya....
Kami
selamat mendarat di Incheon International Airport jam 6.50 pagi. Perjalanan
dari terminal ke tempat pemeriksaan imigresen mengambil masa 20 minit. Ini
kerana penerbangan antrabangsa di airport (satellite building) ini agak jauh
dari terminal utama sama seperti di KLIA. Setelah hampir sejam urusan imigresen
dan bagasi kami terus keluar di balai ketibaan dan di sambut oleh wakil dari
Youth Exchange Centre Korea Selatan.
Kami
disambut oleh Ms. Kim Yerang (Elina) selaku koordinator program ini. Setelah sesi suai kenal ringkas kami
terus menuju ke tempat menunggu bas. Elina ni agak peramah orangnya. So, tak de la kekok sangat. Menariknya, sekarang merupakan musim luruh (autum) di
Korea dan suhu ketika kami sampai ialah antara 15ºc ke 20ºc dan ada kalanya
suhu di Seoul boleh mencecah sehingga 5ºc pada waktu malam.
Perjalanan ke hotel dari lapangan terbang
mengambil masa sejam ke sejam setengah bergantung kepada keadaan trafik dan
kami menikmati permandangan sepanjang perjalanan. Mata yang mengantuk ditahan demi untuk menikmati keindahan alam.
Kami
sampai ke hotel penginapan iaitu Shilla Stay Hotel Seodaemun yang terletak di
tengah Bandaraya Seoul betul-betul berhadapan dengan stesyen subway
‘Seodaemun’. Ha..ha... public transport ada depan mata. Ni dah kira best.
Kami dimaklumkan bahawa hotel ini baru saja beroperasi pada bulan
Mei yang lalu dan lakasinya yang berada di persimpangan membuatkan permandangan
dari hotel amat menarik dan cantik. Hotel ini juga merupakan rangkaian hotel di
bawah kendalian Kumpulan Samsung dan mempunyai beberapa cawangan di sekitar
Korea.
‘KOREA YOUTH
EXCHANGE CENTRE’
Lokasi
pertama pada hari ini ialah ke ‘Korea Youth Exchange Centre’ untuk sesi
orientasi yang terletak lebih kurang 20 minit berjalan kaki dari hotel (ha..ha.. jalan kaki tau). Semua
beg dan barangan ditinggalkan di hotel sementara menunggu waktu daftar masuk
selepas jam 2.00 petang nanti. Kat sini luggage
boleh ditinggalkan di hotel walaupun belum chek-in
bilik lagi. Jangan risau barang yang ditinggalakan tak kan hilang punya.
Kalau
nak tau, pergerakan di Korea ini banyak berjalan kaki. Sila pastikan diri anda
berada dalam keadaan yang cergas dan sihat selalu untuk bergerak. Ini memang
budaya Korea dan tidak hairan ramai dikalangan mereka mempunyai tubuh badan
yang sihat dan cantik. So, kita orang semua kena pastikan diri masing-masing
sihat sepanjang program 10 hari ni.
Setiba
di Korea Youth Exchange Centre kami di sambut oleh Ms. Han Shin - Hee selaku
Pengurus Besar ‘Korea Youth Exchange Centre’. Beliau menyampaikan ucapan aluan
dan selamat datang kepada kami semua. Selepas itu sesi berkenalan dan taklimat
program disampaikan oleh Mr. Park Woong selaku Pengurus Bahagian. Santai dan
mudah difahami. Mr Park pun sporting orangnya. Semasa taklimat, perincian
program dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi juga dimaklumkan kepada
peserta.
‘NATIONAL MUSEUM OF
KOREAN CONTEMPORARY HISTORY’
Pada sebelah petang selepas
berehat sebentar dan solat di bilik, kami melawat ‘National Museum of Korea Contemporary History’. Muzium ini
merupakan muzium kontemporari moden yang pertama di Seoul dan Korea khasnya
yang mula beroperasi dan dibuka kepada umum pada 26 Disember 2012. Muzium ini
memaparkan sejarah pembangunan dan perkembangan Negara Korea Selatan dari
pelbagai bidang dari permotoran hingga ke perfileman dan terletak di
Sejong-daero, Jongno-gu Seoul. Banyak benda yang kami pelajari di muzium ini
berkenaan dengan perkembangan Korea.
Sebelum ini muzium ini menempatkan
Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan bagi Korea Selatan sebelum diubah
suai menjadi muzium yang mengandungi ruang pameran, bilik seminar, bilik
syarahan, café, kedai cenderahari dan juga taman buatan di atas bumbung muzium
untuk tujuan rekreasi.
Aktiviti hari ini berakhir
dengan makan malam dan kami diberi peluang untuk mencuma ‘bibimbab’ ataupun nasi campur yang merupakan salah satu makanan
traditional Korea. Usai makan kami kembali ke hotel untuk berehat. Sebelum tu
kami sama-sama menyediakan dan membuat agihan cenderahati yang dibawa untuk
diserahkan di tempat-tempat yang akan kami kunjungi.
Biasanya aktiviti formal berakhir
selepas makan malam iaitu jam 7.00 atau 8.00 malam. Selepas itu adalah free
& easy. So boleh keluar berjalan-jalan di Bandaraya Seoul atau berjumpa
kawan-kawan atau saudara mara yang ada di sana (kot..kot.. ada). Selesai hari pertama yang penuh dengan pengalaman baru bagi kami semua....
bersambung next entry..... nak cite sikit ahli kumpulan nanti.....
No comments:
Post a Comment