TERBANG 39000 KAKI DARI PARAS LAUT
Saya
dan rakan-rakan menaiki pesawat MAS ke Seoul yang mengambil masa selama 6
jam 20 minit. Pesawat berlepas pukul 11.30 malam pada 20 Oktober 2015 dari KLIA
dan tiba di Incheon International Airport jam 6.50 pagi 21 Oktober 2015. Untuk
makluman waktu di Korea adalah satu jam awal dari Malaysia. Ini bermakna waktu
di Malaysia ialah 5.50 pagi.
Menempuh
perjalanan yang panjang di dalam kapal terbang merupakan pengalaman yang tidak
dapat dilupakan. Walaupun keletihan tetapi semua kelihatan amat bersemangat
untuk mengikuti program yang akan berlansung nanti.
Sepanjang
penerbangan saya dan rakan-rakan banyak meluangkan masa dengan menonton movie
mahupun mendengar lagu dengan menggunakan audio video yang disediakan. Ini kelebihan penerbangan MAS @ MAB yang menyediakan skrin untuk movie dan hiburan. Nak tengok route perjalanan pun boleh kat skrin ni.
Saya
sempat berbual dan berbincang dengan rakan saya berkenaan program dan atucara
yang akan kami lalui sepanjang 10 hari mendatang. Semua kelihatan amat teruja
kerana ini kali pertama menjejakkan kaki ke Korea. Dan akhirnya semua peserta
tidur dengan nyenyaknya di dalam pesawat. Maklumlah tidur selesa walaupun keadaan cuaca yang kurang mengizinkan. Jam 4.00 pagi saya dan
rakan-rakan terjaga dan telah masuk waktu subuh. Lokasi di skrin menunjukkan
kami sudah melepasi Taipei.
Kami
menunaikan solat subuh di satu sudut di dalam pesawat. Terima kasih diucapkan
kepada ‘cabin crew’ yang sudi meminjamkan sejadah untuk kami.
Bersambung part 3......
Bersambung part 3......
No comments:
Post a Comment