Tuesday, 3 January 2017

TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA - KOREA (JPA)



  1. Hadir dan daftar awal di tempat temuduga. 
  2. Pastikan semua dokumen yang diperlukan lengkap.
  3. Berpakaian kemas mengikut keperluan. Bagi pasukan beruniform, gayakan pakaian yang lengkap.
  4. Buat kajian/research secukupnya berkenaan program yang dipohon dan Negara (Korea) yang berkenaan.
  5. Buat kajian juga berkaitan dengan perkembangan @ isu-isu semasa terutama pentadbiran kerajaan (Malaysia) spt Plan Transformasi Kerajaan dll.
  6. Mengetahui dan mempelajari perkara yang berkaitan dengan belia kedua Negara (nama pun program pertukaran belia, wajib tau ni).
  7. Jawab soalan dengan tenang.
  8. Gunakan bahasa yang sopan dan teratur.
  9. Elakkan menyampuk ketika soalan diajukan kepada orang lain (biasanya temuduga seramai 3@4 orang sekali).
  10. Tahu kelebihan diri sendiri.
  11. Jawab soalan dengan jujur. Jadilah diri sendiri.
  12. Kalau ada penyakit, maklumkan awal kepada penemuduga. Jangan tipu sebab bahaya.
  13. Fahami soalan penemuduga.
  14. Jawab soalan secara logik. Jangan terlalu excited sampai lupa kita tengah temuduga.
  15. Last, Jadilah diri sendiri, rendah diri, tawakal dan berdoa. Ada rezeki dapat la tu..



Antara kemungkinan soalan yang ditanya:


  1. Introduce your self & why you choose Korea?
  2. Apa yang anda harapkan dari program ini?
  3. Apa yang anda tahu pasal Korea? (study la pasal korea)
  4. Pernah ke luar Negara & atas tujuan apa?
  5. Apa kelebihan / kemahiran anda untuk terpilih ke program ini?
  6. Seandainya di beri peluang ke Korea, apa yang akan anda bawa balik untuk perkhidmatan?
  7. Situasi semasa homestay, anda dipelawa untuk makan  oleh keluarga angkat, bagaimana nak explain yang anda hanya makan makanan halal?
  8. Apa yang anda tau berkenaan transformasi kerajaan? (Maybe ada soalan lain berkaitan dasar kerajaan, so study)
  9. Apa yang anda tau Dasar Pandang ke Timur?
  10. Anda dikenhendaki membuat persembahan, persembahan apa yang anda nak tujukkan? (maybe kena demo)
  11. Apa yang anda faham dengan belia Malaysia? (kena study pasal ni.. penting, ada calon tak tau takrifan dan program belia di Malaysia) Study gak pasal belia korea.
  12. Anda dikehendaki mempromosikan Malaysia kepada Korea, bagaimana?
  13. Ada penyakit kronik?
  14. Boleh tinggalkan keluarga dalam tempoh yang lama?
  15. Apa yang anda nak bawa balik dari Korea?


Tambahan:
1.    Sesetengah penemuduga serius dan ada yang agak santai dan releks.
2.   Jawablah soalan dengan logik.
3.   Soalan maybe berbeza, so get ready dengan perkara yang akan di tanya.
4.   Jangan tunjukkan sangat kita terlalu exited nak gi sana (walaupun dalam hati ye).
5.   Elakkan jawab soalan saya nak pergi program ini sebab free (hu..hu..). Jawab secara logik ye……….

Semoga membantu. Selamat Berjaya.
Ini sekadar tips dan pengalaman yang lepas saja. Maybe soalan dan situasi akan berbeza. 
Jadikan sebagai panduan dan rujukan ye.. Yang lain tu kena study & research. 

8 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Nak tanya, untuk hadiri temuduga perlu bawa sijil asal kegiatan luar. Boleh kongsi tak contoh kegiatan luar? blur la pulak.. hehe..

    Terima kasih. :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    semasa temuduga semestinya ada diminta untuk menunjukkan bakat/kemahiran. Apa yang tuan buat ye? ada tips?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. klu bernasib baik mmg panel akan minta utk buat persembahan bersama calon yg lain.. so kena discuss dgn mereka nak buat persembahan apa... Ada yg menari, menyanyi, dikir barat, boria dll.. bergantung kpd perbincangan dgn calon lain....

      Ada gak yg x perlu buat persembahan.. just bgtau apa kemahiran dan kelebihan
      ..

      Delete
  4. Slm mr saufi...bg candidate kelaki kena pakai baju ape masa interview?

    ReplyDelete
  5. Hi tuan blog dan readers semua! Hehe. Hi korang! SR dah habis belajar dekat UniKL Business School taw! Alhamdulillah. Bulan Oktober ni convo! Hehe. Nak tahu kisah perjalanan sepanjang belajar dekat UniKL Business School? Meh baca blog SR. Bonus: Pengalaman program pertukaran pelajar di Kozminski University, Poland (ERASMUS+/ISEM UNIKL)

    PENGALAMAN PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR UNIKL BUSINESS SCHOOL (KLIK DI SINI)

    ReplyDelete