Monday, 22 May 2017

PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA 2015 (PART 9)

Hari Kesembilan
29 Oktober 2015 (Khamis)

Masuk hari kesembilan hari ini di Seoul. Antara agenda pada hari ini ialah melawat Seoul City Hall ‘Tong-tong Tour’, Asean-Korea Centre dan ke Myeongdong Market dan Namdaemun Market. Usai sarapan saya dan rakan sebilik sekali lagi menikmati permandangan dan berjalan sekitar  hotel buat kali terakhir sebelum kembali ke tanahair esok pagi. Pasti akan merindui suasana sebegini apabila kembali nanti.








SEOUL CITY HALL TONG-TONG TOUR

Kami tiba di Seoul City Hall kira-kira jam 10.30 pagi. Di sini kami akan mengikuti Tong-tong Tour yang akan diketuai oleh seorang pemandu pelancong yang bertugas di sini. Tong-tong Tour merupakan lawatan rasmi di Seoul City Hall dan mengambil masa sejam ke sejam setengah.





Bangunan Seoul City Hall yang baru siap sepenuhnya pada Oktober 2012 yang terbahagi kepada dua bangian iaitu bangunan pentadbiran dan juga bangunan yang dijadikan tempat lawatan dan istirehat pengunjung. Bangunan ini juga menjadi terkenal apabila dijadikan tempat pengambaran muzik oleh penyanyi popular Korea iaitu ‘Psy’ dan menjadi venue rakaman rancangan kegemaran ramai ‘running man’.








Semasa Tong-tong Tour, peserta dibawa melawat di sekitar Seoul City Hall termasuk melihat ‘the largest vertical garden’ (yang telah disenaraikan sebagai taman menegak terbesar di Guinness Book of World Record), pejabat bekas Datuk Bandar, Gingisi (tempat simpanan senjata Dinasti Jaseon, Dewan Pameran, Dewan Rakyat dan Perpustakaan Metropolitan Seoul.




Selesai lawatan di Seoul City Centre kami menikmati makan tenghari ala Chinese Style. Sy memilih untuk mencuba  Chinese Seafood Fried Rice. Sambil makan kami berbual pengalaman masing-masing sepanjang 10 hari di bumi Seoul.


‘ASEAN-KOREA CENTRE’

Pada sebelah petang, kami berkesempatan untuk melawat Asean-Korea Centre yang terletak di Sejong-daero, Seoul berdekatan dengan Seoul City Hall. Asean-Korea centre ditubuhkan sebagai sebuah organisasi antara kerajaan yang bertujuan untuk menggalakkan pertukaran antara Korea dan Negara-negara ASEAN. Ia dirasmikan pada 13 Mac 2009 sempena ulang tahun ke-20 Perkongsian Dialog di antara ASEAN dan Korea selaras dengan Memorandum Persefahaman (MOU)yang ditandatangani semasa ASEAN-Republik Korea (ROK) Summit pada November 2007 dan mula berkuatkuasa pada Disember 2008.


ASEAN- Korea Centre melaksanakan program dan aktiviti bagi mengukuhkan kerjasama dan pesahabatan di kalangan Negara-negara anggota ASEAN dan Korea melalui peningkatan jumlah perdagangan, mempercepat aliran pelaburan, pmerancakkan pelancongan dan memperkayakan rakyat dengan pertukaran budaya dan kerja-kerja yang pelbagai.


ASEAN-Korea Centre terdiri daripada 10 Negara ASEAN dan Korea dan bermatlamat meningkatkan perkongsian ASEAN-Korea, menggalakkan saling memahami melalui pertukaran kebudayaan dan ‘people to people contact’ dan menyokong usaha integrasi ASEAN.




Di sini, taklimat disampaikan oleh Encik Mohamad Daud bin Mohamad Arif, Ketua Unit Kebudayaan dan Pelancongan, ASEAN-Korea Centre yang berasal dari Malaysia.  Selesai taklimat kami berkesempatan meninjau ASEAN Hall yang merupakan ruang pameran Negara-negara ASEAN. Kami juga sempat menunaikan solat di sini sebelum ke destinasi seterusnya.





‘KEMBARA MYEONGDONG MARKET DAN NAMDAEMUN MARKET’

Selepas melawat ASEAN-Korea Hall kami sekali lagi ke Myeongdong Market dan Namdaemun Market. Aktiviti petang ini agak santai dan ‘free and easy’. Kami mengambil kesempatan untuk meninjau dan membeli belah di ‘Myeongdong’ dan ‘Namdaemun Market’. Kami berada di sini sehingga jam 6.30 petang sebelum ke Itaewon untuk majlis ‘farewell dinner’ bersama pegawai dari ‘Korea Youth Exchange Centre’.


Farewell dinner kami diadakan secara santai dan bersahaja sambil menikmati makan malam. Kami banyak berbincang dan berkongsi pengalaman sepanjang 10 hari berada di Korea mengikuti program ini. Beberapa pandangan dan cadangan juga kami berikan kepada pihak penganjur untuk penambahbaikan pada program-program mendatang.







Selepas hampir sejam, kami kembali ke hotel untuk sesi mengemas barang sebelum kembali ke Malaysia pada keesokan hari.

Tunggu... sambung untuk hari terakhir di bumi Seoul....

Monday, 15 May 2017

TRAVEL - MANA NAK CARI TEMPAT MAKAN

Susahnya Nak Makan Semasa Travel

Sebelum membuat perancangan untuk melancong, mendapatkan makanan halal selalu difikirkan oleh pelancong Muslim. Bagaimana untuk mendapatkan makanan halal ditempat atau destinasi pelancongan yang akan dikunjungi selalu mejadi tanda tanya dan berlegar di kotak fikiran. Ataupun adakah perlu untuk menahan lapar seharian sepanjang melancong. Jangan gusar, kerana pada era moden ini untuk mendapatkan makanan halal di tempat orang tidak sesukar seperti dahulu.

Jangan rumitkan perkara yang mudah. Beberapa tip boleh digunakan oleh pelancong Muslim untuk mendapatkan makanan halal dan tidak diragui sepanjang pengembaraan. Beberapa tip mungkin boleh membantu pelancong untuk menyelesaikan masalan makanan halal ini.

Cari Restauran Atau Tempat Makan Halal

Hari ini kebanyakkan negara di dunia mempunyai restauranan arabangsa halal untuk kemudahan pengunjung. Bagimereka yang berkunjung ke negaraASEAN dan negara yang majoriti Muslim tidak perlu bimbang kerana makanan halal mudah didapati bukan sahaja di restaurant mewah tetapi juga boleh didapati di kedai-kedai kaki lima jalan dengan pelbagai pilihan dan variasi makanan yang boleh dipilih untuk dinikmati.






Kedai Runcit dan Serbaneka

Negara Asia juga makanan halal boleh di dapati dengan mudah. Begitu juga negara yang majority penduduknya bukan Islam seperti Britain, Austria, Jerman dan Belanda. Makanan halal boleh didapati di kedai runcit dan kedai serbaneka. Malahan jika bernasib baik makanan halal dari Malaysia juga boleh didapati di sana. Rajin-rajinlah membuat kajian tempat yang hendak dikunjungi untuk mendapatkan bekalan makanan.





Cari Makanan Yang Mempunyai Logo Halal

Logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM merupakan antara yang terbaik dan diiktiraf di seluruh dunia. JAKIM juga mengiktiraf lebih 60 badan pensijilan halal dari serata dunia dan ianya amat membantu pelancong Muslim mendapatkan makanan halal walau dimana mereka berada. Lawati laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan senarai dan panduan logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM.



Buat Makanan Sendiri aka Memasak

Sesetengah pelancong memilih untuk menginap di apartment yang mudah untuk mendapatkan bekalan makanan dan boleh memasak. Jadi boleh dapatkan bekalan makanan asas seperti beras, gandum, roti, buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan untuk di masak di tempat menginap. Bagi yang tinggal di hotel boleh memilih untuk mendapatkan buah-buahan dan roti sebagai sumber makanan.





Bawa Bekalan Makanan Dari Malaysia

Cara ini paling mudah dan selamat serta kesahihan halal sudah terbukti dengan mambawa bekalan makanan dari Malaysia. Tetapi perkara sebegini akan membuatkan luggage anda bertambah berat. Lebih-lebih lagi jika melancong dalam kumpulan yang ramai. Mungkin akan ada sedikit kesukaran. Kebiasaan mee segera dan makanan dalam tin yang selalu menjadi pilihan pelancong.



Makan Seafood dan Vegetarian

Ambil makanan yang berasaskan seafood dan vegetarian sepanjang melancong. Akan tetapi perlu diketahui juga cara makanan tersebut di masak agar ia tidak bercanggah dengan hukum hakam sebagai Muslim. Ini kerana ada restauran yang menggunakan alcohol dan minyak yang diragui sumbernya  untuk memasak.






Aplikasi HALAL

Terdapat juga negara yang menyediakan aplikasi halal sebagai rujukan muslim yang berkunjung ke Negara mereka. Jadi buat semakan dan muat turun aplikasi halal negara yang akan anda kunjungi bagi memudahkan pencarian makanan halal. Boleh juga merujuk agensi agama negara yang dikunjungi untuk mendapatkan kepastian berkenaan produk halal Negara tersebut.

so, bila travel tu tak payah lah risau pasal makanan dan tahan lapar. Banyak cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan makanan yang halal.. Semoga bermanfaat....


Sunday, 7 May 2017

PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA 2015 (PART 8)

Hari Kelapan
28 Oktober 2015 (Rabu)

‘SEOUL NATIONAL UNIVERSITY’

Hari ini kami akan bertolak balik ke Seoul setelah tiga hari berada di Pyeongchang. Selesai sarapan pagi di ‘Pyeongchang National Youth Centre’ kami memulakan perjalanan jam 9.00 pagi ke Seoul. Banyak pengalaman yang kami perolehi sepanjang 3 hari di Pyeongchang. Untuk makluman juga Pyeongchang akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk Tahun 2018 nanti dan promosi memang sedang giat dijalankan oleh mereka untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke sini.








Setibanya di Seoul, kami terus menikmati makan tengahari di Ashley Restaurant (Amarican style). Makan di sini secara buffet dan kami hanya memiilih untuk makan makanan berasaskan sayuran, buah-buahan dan ‘seafood”. Selepas makan tengahari kami meneruskan agenda lawatan ke ‘Seoul National University’ atau singkatannya SNU.




Tiba di SNU kami disambut oleh tiga orang SNU Student Ambassador (SSA) yang bertanggungjawab menjadi ‘tour guide” kepada kami yang diketuai oleh Kevin Lanov yang berasal dari Jakarta Indonesia. SSA terdiri daripada palajar Seoul National Universiti yang secara sukarela untuk menjadi duta universiti untuk mempromosi dan membawa pelawat melawat persekitaran ‘Seoul National University’.







‘Seoul National University’ diasaskan pada tahun 1895 dan merupakan universiti kebangsaan pertama di Korea yang terletak di Gwanak dan cawangan perubatan di Jongno. ‘Seoul National University’ mempunyai 16 buah kolej dan enam sekolah professional. Kami dimaklumkan ramai pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di sini. Tour selama sejam amat bermakna kerana kami didedahkan dengan maklumat dan kemudahan yang ada di sini.












‘GYEONGBOKGUNG PALACE’

Menjelang petang kami sempat melawat ‘Gyeongbokgung Palace’ istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Kedudukan istana sangat strategik kerana dilindungi oleh Gunung ganang di utara dan Sungai Han di selatan. Dibina pada tahun 1395 selepas masihi dan Istana ini sangat besar sehingga tidak semua tempat mampu kami lawati.





Istana ini dibina mengikut senibina traditional Korea. Di sini juga kita dapat menyingkap sejarah kegemilangan Dinasti Joseon Korea. Senibina Gyengbokgung masih dikekalkan dan diabadikan untuk tatapan masyarakat Korea dan juga pelancong di seluruh dunia. Gyeongbokgung menjadi simbol semangat jitu masyarakat Korea Selatan. Menyusuri belakang Istana Gyeongbokgung, kita akan sampai ke Korean Blue House iaitu tempat kediaman dan pejabat rasmi President Korea Selatan. Kami berada di sini hampir sejam dan seterusnya kembali ke hotel Untuk daftar masuk.







“NAMSAN TOWER”

Selepas daftar masuk hotel  kami keluar semula ke destinasi masing-masing dan saya dan beberapa orang rakan memilih ke Itaewon untuk makan malam di sana.


Selepas makan malam kami sepakat untuk ke Seoul Tower yang hanya mengambil masa 15 ke 20 minit dari Itaewon. Kami meniki 3 buah teksi. Teksi pertama dan kedua dihantar ke tempat menunggu bas dan teksi ketiga ke kereta kabel di bawah bukit Namsan. Saya menaiki teksi pertama dan agak malang bagi kami kerana gagal berkomunikasi dengan petugas di situ untuk bertanyakan bagaimana untuk menaiki bas kerana tidak tahu berbahasa Inggeris. Lagipun jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam dan kami beranggapan bas tidak lagi beroperasi. Jadi pilihan yang ada ialah berjalan kaki memanjat bukit Namsan sejauh 2.4 kilometer. Memanjat bukit di malam hari ditambah cuaca yang sejuk amat mencabar bagi kami tetapi digagahi jua untuk terus ke puncak.




Setelah mengambil masa hampir 45 minit akhirnya kami sampai juga ke puncak Namsan ‘Seoul Tower’ dimana rakan kami yang menaiki kereta kabel sudah siap menunggu. Walaubagaimanapun kami tidak berkesempatan menaiki ‘Seoul Tower’ kerana telah ditutup selepas pukul 10.00 malam. Untuk turun kami memilih untuk menaiki kereta kabel.



Satu lagi masalah yang dihadapi apabila tiada perkhidmatan teksi di stesen kereta kabel kerana jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Sekali lagi kami berjalan kaki mencari teksi berpandukan peta yang dibekalkan. Sasaran kami ialah ke jalan utama untuk mendapatkan teksi. Setengah jam berjalan kami sampai ke Myeongdong dan sempat meninjau sekitar seketika sebelum balik ke hotel. Penat tetapi pengalaman yang bermakna.









So, pengajarannya next time bila nak gi ke Korea kena belajar bahasa Korea untuk memudahkan komunikasi.. Balik ke hotel setelah ronda-ronda di Myeongdong walaupun lambat dapat teksi.. Malam ni jugak diperkenalkan Geng Namsam....

Next entry......... wait.......