Sunday, 7 May 2017

PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA 2015 (PART 8)

Hari Kelapan
28 Oktober 2015 (Rabu)

‘SEOUL NATIONAL UNIVERSITY’

Hari ini kami akan bertolak balik ke Seoul setelah tiga hari berada di Pyeongchang. Selesai sarapan pagi di ‘Pyeongchang National Youth Centre’ kami memulakan perjalanan jam 9.00 pagi ke Seoul. Banyak pengalaman yang kami perolehi sepanjang 3 hari di Pyeongchang. Untuk makluman juga Pyeongchang akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk Tahun 2018 nanti dan promosi memang sedang giat dijalankan oleh mereka untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke sini.








Setibanya di Seoul, kami terus menikmati makan tengahari di Ashley Restaurant (Amarican style). Makan di sini secara buffet dan kami hanya memiilih untuk makan makanan berasaskan sayuran, buah-buahan dan ‘seafood”. Selepas makan tengahari kami meneruskan agenda lawatan ke ‘Seoul National University’ atau singkatannya SNU.




Tiba di SNU kami disambut oleh tiga orang SNU Student Ambassador (SSA) yang bertanggungjawab menjadi ‘tour guide” kepada kami yang diketuai oleh Kevin Lanov yang berasal dari Jakarta Indonesia. SSA terdiri daripada palajar Seoul National Universiti yang secara sukarela untuk menjadi duta universiti untuk mempromosi dan membawa pelawat melawat persekitaran ‘Seoul National University’.







‘Seoul National University’ diasaskan pada tahun 1895 dan merupakan universiti kebangsaan pertama di Korea yang terletak di Gwanak dan cawangan perubatan di Jongno. ‘Seoul National University’ mempunyai 16 buah kolej dan enam sekolah professional. Kami dimaklumkan ramai pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di sini. Tour selama sejam amat bermakna kerana kami didedahkan dengan maklumat dan kemudahan yang ada di sini.












‘GYEONGBOKGUNG PALACE’

Menjelang petang kami sempat melawat ‘Gyeongbokgung Palace’ istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Kedudukan istana sangat strategik kerana dilindungi oleh Gunung ganang di utara dan Sungai Han di selatan. Dibina pada tahun 1395 selepas masihi dan Istana ini sangat besar sehingga tidak semua tempat mampu kami lawati.





Istana ini dibina mengikut senibina traditional Korea. Di sini juga kita dapat menyingkap sejarah kegemilangan Dinasti Joseon Korea. Senibina Gyengbokgung masih dikekalkan dan diabadikan untuk tatapan masyarakat Korea dan juga pelancong di seluruh dunia. Gyeongbokgung menjadi simbol semangat jitu masyarakat Korea Selatan. Menyusuri belakang Istana Gyeongbokgung, kita akan sampai ke Korean Blue House iaitu tempat kediaman dan pejabat rasmi President Korea Selatan. Kami berada di sini hampir sejam dan seterusnya kembali ke hotel Untuk daftar masuk.







“NAMSAN TOWER”

Selepas daftar masuk hotel  kami keluar semula ke destinasi masing-masing dan saya dan beberapa orang rakan memilih ke Itaewon untuk makan malam di sana.


Selepas makan malam kami sepakat untuk ke Seoul Tower yang hanya mengambil masa 15 ke 20 minit dari Itaewon. Kami meniki 3 buah teksi. Teksi pertama dan kedua dihantar ke tempat menunggu bas dan teksi ketiga ke kereta kabel di bawah bukit Namsan. Saya menaiki teksi pertama dan agak malang bagi kami kerana gagal berkomunikasi dengan petugas di situ untuk bertanyakan bagaimana untuk menaiki bas kerana tidak tahu berbahasa Inggeris. Lagipun jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam dan kami beranggapan bas tidak lagi beroperasi. Jadi pilihan yang ada ialah berjalan kaki memanjat bukit Namsan sejauh 2.4 kilometer. Memanjat bukit di malam hari ditambah cuaca yang sejuk amat mencabar bagi kami tetapi digagahi jua untuk terus ke puncak.




Setelah mengambil masa hampir 45 minit akhirnya kami sampai juga ke puncak Namsan ‘Seoul Tower’ dimana rakan kami yang menaiki kereta kabel sudah siap menunggu. Walaubagaimanapun kami tidak berkesempatan menaiki ‘Seoul Tower’ kerana telah ditutup selepas pukul 10.00 malam. Untuk turun kami memilih untuk menaiki kereta kabel.



Satu lagi masalah yang dihadapi apabila tiada perkhidmatan teksi di stesen kereta kabel kerana jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Sekali lagi kami berjalan kaki mencari teksi berpandukan peta yang dibekalkan. Sasaran kami ialah ke jalan utama untuk mendapatkan teksi. Setengah jam berjalan kami sampai ke Myeongdong dan sempat meninjau sekitar seketika sebelum balik ke hotel. Penat tetapi pengalaman yang bermakna.









So, pengajarannya next time bila nak gi ke Korea kena belajar bahasa Korea untuk memudahkan komunikasi.. Balik ke hotel setelah ronda-ronda di Myeongdong walaupun lambat dapat teksi.. Malam ni jugak diperkenalkan Geng Namsam....

Next entry......... wait.......

No comments:

Post a Comment