Susahnya Nak Makan Semasa Travel
Sebelum membuat perancangan untuk melancong,
mendapatkan makanan halal selalu difikirkan oleh pelancong Muslim. Bagaimana untuk
mendapatkan makanan halal ditempat atau destinasi pelancongan yang akan dikunjungi
selalu mejadi tanda tanya dan berlegar di kotak fikiran. Ataupun adakah perlu untuk
menahan lapar seharian sepanjang melancong. Jangan gusar, kerana pada era moden
ini untuk mendapatkan makanan halal di tempat orang tidak sesukar seperti dahulu.
Jangan rumitkan perkara yang mudah. Beberapa
tip boleh digunakan oleh pelancong Muslim untuk mendapatkan makanan halal dan tidak
diragui sepanjang pengembaraan. Beberapa tip mungkin boleh membantu pelancong untuk
menyelesaikan masalan makanan halal ini.
Cari Restauran Atau Tempat Makan Halal
Hari ini kebanyakkan negara di dunia mempunyai
restauranan arabangsa halal untuk kemudahan pengunjung. Bagimereka yang
berkunjung ke negaraASEAN dan negara yang majoriti Muslim tidak perlu bimbang kerana
makanan halal mudah didapati bukan sahaja di restaurant mewah tetapi juga boleh
didapati di kedai-kedai kaki lima jalan dengan pelbagai pilihan dan variasi makanan
yang boleh dipilih untuk dinikmati.
Kedai Runcit dan Serbaneka
Negara Asia juga makanan halal boleh di dapati
dengan mudah. Begitu juga negara yang majority penduduknya bukan Islam seperti
Britain, Austria, Jerman dan Belanda. Makanan halal boleh didapati di kedai runcit
dan kedai serbaneka. Malahan jika bernasib baik makanan halal dari Malaysia
juga boleh didapati di sana. Rajin-rajinlah membuat kajian tempat yang hendak dikunjungi
untuk mendapatkan bekalan makanan.
Cari Makanan Yang Mempunyai Logo Halal
Logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM
merupakan antara yang terbaik dan diiktiraf di seluruh dunia. JAKIM juga
mengiktiraf lebih 60 badan pensijilan halal dari serata dunia dan ianya amat membantu
pelancong Muslim mendapatkan makanan halal walau dimana mereka berada. Lawati laman
web www.halal.gov.my
untuk
mendapatkan senarai dan panduan logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM.
Buat Makanan Sendiri aka Memasak
Sesetengah pelancong memilih untuk menginap
di apartment yang mudah untuk mendapatkan bekalan makanan dan boleh memasak.
Jadi boleh dapatkan bekalan makanan asas seperti beras, gandum, roti, buah-buahan,
sayur-sayuran dan ikan untuk di masak di tempat menginap. Bagi yang tinggal di
hotel boleh memilih untuk mendapatkan buah-buahan dan roti sebagai sumber makanan.
Bawa Bekalan Makanan Dari Malaysia
Cara ini paling mudah dan selamat serta kesahihan
halal sudah terbukti dengan mambawa bekalan makanan dari Malaysia. Tetapi perkara
sebegini akan membuatkan luggage anda
bertambah berat. Lebih-lebih lagi jika melancong dalam kumpulan yang ramai.
Mungkin akan ada sedikit kesukaran. Kebiasaan mee segera dan makanan dalam tin
yang selalu menjadi pilihan pelancong.
Makan Seafood
dan Vegetarian
Ambil makanan yang berasaskan seafood dan
vegetarian sepanjang melancong. Akan tetapi perlu diketahui juga cara makanan tersebut
di masak agar ia tidak bercanggah dengan hukum hakam sebagai Muslim. Ini kerana
ada restauran yang menggunakan alcohol dan minyak yang diragui sumbernya untuk memasak.
Aplikasi HALAL
Terdapat juga negara yang menyediakan aplikasi
halal sebagai rujukan muslim yang berkunjung ke Negara mereka. Jadi buat semakan
dan muat turun aplikasi halal negara yang akan anda kunjungi bagi memudahkan pencarian
makanan halal. Boleh juga merujuk agensi agama negara yang dikunjungi untuk mendapatkan
kepastian berkenaan produk halal Negara tersebut.
so, bila travel tu tak payah lah risau pasal makanan dan tahan lapar. Banyak cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan makanan yang halal.. Semoga bermanfaat....
so, bila travel tu tak payah lah risau pasal makanan dan tahan lapar. Banyak cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan makanan yang halal.. Semoga bermanfaat....
No comments:
Post a Comment