Hari Ketujuh
27 Oktober 2015 (Selasa)
Pagi
ini bumi Pyeongchang dibasahi hujan.
Persekitaran semakin sejuk dengan suhu 1ºC. Nak berwuduk pun menggigil. Memijak
lantai balkoni di luar resort pun teramatlah sejuk. Apa yang menarik di sini
setiap rumah disediakan pemanas yang berfungsi untuk memanaskan bilik dan lantai
rumah. Hampir semua rumah di Korea mempunyai sistem yang sama bagi memanaskan
rumah mereka pada musim sejuk.
Jam
9.00 pagi kami bergerak dari tempat penginapan kami ke Blok Pentadbiran ‘Pyeongchang National Youth Centre’ (PNYC)
untuk bersarapan dan mendengar taklimat dari PNYC. Terima kasih diucapkan
kepada ‘PNYC kitchen’ kerana
menyediakan masakan halal sepanjang 2 hari kami berada di sini. Makanan yang
dihidangkan pun menepati citarasa kami. Kami sarapan dengan puasnya dalam kedinginan pagi di PNYC.
“PYEONGCHANG
NATIONAL YOUTH CENTRE (PNYC)”
‘Pyeongchang National Youth Centre’ (PNYC) merupakan salah satu daripada 6 pusat belia yang
ada di Korea dengan pengkhususan “outdoor activity”. Antara aktiviti utama yang
dilaksanakan di sini ialah aktiviti belia, aktiviti keluarga dan juga kursus latihan
untuk pekerja belia.
Taklimat
berkenaan PNYC disampaikan oleh Encik
Byung –Bu Cho, Presiden PNYC. Beliau menerangkan peranan dan fungsi PNYC
dalam pembangunan belia setempat dan antarabangsa. Lain-lain pusat belia yang
ada di Seoul ialah ‘National Youth Centre
of Korea’ (Art and History) di Chungcheongnam-do, ‘Youth Worker Training Centre’
di Chungcheongnam-do, ‘National Youth Space Centre’ di Jeollanam-do, ‘National
Youth Agriculture and Life Centre of Korea’ di Jeollabuk-do dan ‘National Youth
Marine Environment Centre of Korea’ di Gyeongsangbuk-do.
Antara
kemudahan yang disediakan di PNYC ialah penginapan yang terdiri daripada bilik
asrama, campsite, dan ‘long house’ (rumah) ‘Skyvill Pension-Sunshine’, ‘Skyvill
Pension – Moonlight’ dan ‘Skyvill Pension-Starlight’. Terdapat juga bilik
pembelajaran seperti auditorium, bilik kuliah, bilik seminar dan bilik perbincangan.
Terdapat juga kemudahan ‘outdoor activity’, stadium, dewan pelbagai guna,
gelanggang tennis, bola keranjang, dan lain-lain kemudahan sukan dan rekreasi.
Kami dimaklumkan bahawa pihak PNYC juga dalam proses penambahbaikan kemudahan
seperti ‘indoor swimpool’ untuk kemudahan dan keselesaan pengguna.
Kami
juga berkesempatan meninjau persekitaran PNYC. Tetapi disebabkan kedaan cuaca
yang tidak mengizinkan, kami hanya berpeluang melawat kemudahan yang berada di
sekitar blok utama sahaja. Terima kasih diucapkan kepada Mr. Hyeon-Cheol Lee (Charlee) kerana sudi menjadi ‘guide’ kami
sepanjang lawatan ke PNYC. Selepas penat meninjau sekitar PNYC kami terus makan
tengahari di sini. Seperti sarapan, kami dihidangkan makanan halal oleh PNYC.
‘ODESAN
NATIONAL PARK’
Pada
sebelah petang kami melawat Taman Negara Odaesan
yang terletak di Pyeongchang ini. Taman negara ini digezekkan sebagai taman
Negara pada tahun 1975 lagi. Nama Odesan terhasil daripada terdapatnya 5
dataran tinggi di sekitar taman negara tersebut iaitu Manwoldae, Jangryeondae, Girindae, Sangsamdae dan Jigongdae. Dengan
ketinggian 1,563 meter Puncak Birobong, Odesan berada di sebelah barat daya
Gunung Sodaesan, Puncak Horyongbong dan Gunung Sogyebangsan. Manakala di
sebelah timur ialah Puncak Sangwangbong dan Puncak Durobong dengan ketinggian
1,000 meter.
Taman
Negara Odaesan merupakan hutan semula jadi terbesar di Korea. Terdapat pelbagai
spesis tumbuhan dan haiwan liar yang terdapat di sini dan terkenal dengan pokok
Nuncheunkbaek dan yew.
Di sini juga terdapatnya Kuil Woljeongsa dan dan juga Octagon yang berbentuk 9 tingkat pagoda. Kami mengambil kesempatan mengambil gambar di sini kerana suasana dan pokok-pokok yang cantik.
Di sini juga terdapatnya Kuil Woljeongsa dan dan juga Octagon yang berbentuk 9 tingkat pagoda. Kami mengambil kesempatan mengambil gambar di sini kerana suasana dan pokok-pokok yang cantik.
‘JEONGGANGWON
TRADITIONAL FOOD EXPERIENCE’
‘Jeonggangwon Traditional Food Experience’
(Pyeongchang)
ditubuhkan bagi memelihara, menyelidik, mengedar dan mempromosikan makanan
tradisional dan budaya Korea. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah
bilik pameran, bilik masakan dan tempat penapaian makanan dengan keluasan
keseluruhan 33057 meter persegi.
Di
sini kami berpeluang mempelajari bagaimana untuk mamasak kuih beras traditional
dan juga membuat makanan ‘bibimbab’.
Amat seronok mempelajari sesuatu yang baru seperti ini dan ianya amat berguna
kepada semua peserta.
Untuk makan malam kami menikmati ‘bibimbab’ yang telah kami masak sendiri. Sejam kemudian kami kembali ke tempat penginapan di Pyeongchang National Youth Centre (PNYC).
Malam ini semua keletihan disebabkan aktiviti seharian yang agak padat dan banyak berjalan. Saya sendiri tertidur awal manakala yang lain menikmati kopi dan mee segera sambil menikmati keindahan malam dan kesejukan cuaca.
tunggu... bersambung lagi....
Untuk makan malam kami menikmati ‘bibimbab’ yang telah kami masak sendiri. Sejam kemudian kami kembali ke tempat penginapan di Pyeongchang National Youth Centre (PNYC).
Malam ini semua keletihan disebabkan aktiviti seharian yang agak padat dan banyak berjalan. Saya sendiri tertidur awal manakala yang lain menikmati kopi dan mee segera sambil menikmati keindahan malam dan kesejukan cuaca.
tunggu... bersambung lagi....
No comments:
Post a Comment